Great Ouse
Great Ouse

Great Ouse

Sungai Great Ouse adalah sebatang sungai di England dan kebanyakan bahagian sungai ini mengalir ke utara dan timur. Merupakan sungai terpanjang di British dengan nama "Ouse", sungai ini juga adalah sungai kelima terpanjang di United Kingdom. Bermula dari Syresham di Northamptonshire, sungai Great Ouse mengalir melalui Buckinghamshire, Bedfordshire, Cambridgeshire dan Norfolk sebelum berakhir di Teluk Wash dan Laut Utara berhampiran Kings Lynn. Pihak-pihak berkuasa tidak bersetuju dengan kedua-dua sumber dan panjang sungai Great Ouse, di mana salah satu memetik panjangnya adalah 160 batu (260 km)[2] manakala yang lain mengatakan 143 batu (230 km).[3]Nama Ouse adalah daripada bahasa Celt atau pra-Celt *Udso-s,[4] dan mungkin membawa maksud "air" atau "sungai yang mengalir perlahan",[5] jadi namanya adalah suatu ulang bazir (pleonasme). Bahagian hulu sungai Great Ouse juga dikenali sebagai "Sungai Barat Lama" dan "Ely Ouse", tetapi semua bahagian sungai sering kali dirujuk sebagai Ouse sahaja dalam penggunaan tidak rasmi (perkataan "Great" – yang asalnya bermaksud besar atau dalam kes sungai ini, panjang – digunakan untuk membezakan sungai ini dengan sungai-sungai lain yang turut dipanggil sebagai Ouse).

Rujukan

WikiPedia: Great Ouse http://www.fenlandlincs.com/GreatOuse http://www.jim-shead.com/waterways/river.php?wpage... http://www.ousewashes.info //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Great... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Great... http://nrfa.ceh.ac.uk/data/station/info/33035 https://books.google.com/books?id=NzVFAAAAYAAJ&q=E... https://books.google.com/books?id=_GeBAAAACAAJ https://web.archive.org/web/20171028150114/http://... https://web.archive.org/web/20190820211053/https:/...